Majalah Libur Lancar Blog O'Rama

Majalah Libur tidak asing lagi dalam dunia perlancongan di Malaysia. Memasuki tahun ke-12 penerbitannya, majalah percutian berbahasa Melayu pertama di Malaysia ini melangkah setapak ke hadapan dengan mengetengahkan pengisian majalah yang terbaru iaitu Blog 0’ Rama.


So bertempat di Starbucks Coffee Kota Kemuning, Majalah LIBUR telah mengadakan majlis Hi-Tea dan juga perlancaran segmen Blog O'Rama di Majalah LIBUR.
  
Free Starbucks Coffee?
Blog O' Rama merupakan kolum khas  untuk memperkenalkan penulis-penulis blog yang aktif dalam menyediakan informasi mengenai dunia pengembaraan, tempat-tempat makan yang menarik serta platfom penulisan blog yang berasaskan ' Pelancongan & Gaya Hidup’.


Bermula pada Januari 2015, pihak editorial LIBUR akan memilih dua blog yang menarik untuk diperkenalkan kepada pembaca, sekaligus menjadi Blog 0' Rama pilihan Majalah LIBUR. Pengisian sebanyak 16 muka surat untuk ruangan ini meliputi rebiu blog-blog yang menarik, artikel percutian yang disumbangkan blogger dan temubual bersama blogger.

Objektif Blog O’Rama adalah sebagai platform untuk blogger mengasah bakat penulisan secara secara formal. Bukan sahaja mengetengahkan blogger-blogger ‘otai’ dan juga bakat-bakat baru, mereka yang terpilih dalam Blog O’ Rama LIBUR juga berpeluang mengikuti program percutian dan tugasan bersama Majalah LIBUR. Alamak me mmg x otai tp blogger baru yang xde banyak kisah travel pon...bukan xna post pasal travel tapi nya dah xkemane..na cite ape kan? hahaha...sadis ai... Hopefully pasni LIBUR ai pergi berlibur dengan mereka... ^_^' 
Contoh Artikel dlm LIBUR isu JAN 2015.

Mereka yang terpilih juga berpeluang untuk berkongsi artikel-artikel yang menarik di dalam majalah LIBUR,  menyertai pelbagai aktiviti anjuran Majalah LIBUR bersama blogger seperti bengkel fotografi dan penulisan. Seronok kan? Memang banyak aktiviti mereka... Tgk je la duta majalah libur MR.Jocko yang sangat aktif ke sana sini tu...jeles mak!


Kata-kata semangat dari editor LIBUR Mr.Meor

Dalam Majlis yang sangat  relax dan sempoi kami di jamu dengan pelbagai makanan dan coffee sponsored by Starbucks Coffee.. ehem! masyuk sekejap.. eh perlu ke boikot makanan free? hihihi

Kudapan hari itu

Zahra and Fateh mmg agak memalukan Bonda and Abi sebab makan chips dengan sangat gembira sampai orang ingat dorang lapar and kesian kt depa.. Adess.. Malu sat.. Ape pon event berlangsung dengan sangat gembira.. Kami gelak tanpa henti dengan lawak gurau senda dari MC that day iaitu Mr. Radin_Era.fm...


Nampak xmuka gembira mereka?

Mr.Jocko memberi kata-kata semangat pula...
Selepas ucap-ucapan dari orang-orang hebat tentang Majalah LIBUR dan Blog O'Rama para blogger di hargai lagi dengan upacara penyampaian sijil penghargaan.. Rasa sangat di hargai walaupon orang tak kenal pon kita..hahaha

Dapat sijil penghagaan...

Majlis terus berlangsung sambil makan-makan ada acara quiz.. Memang seronok cos dapat jugak hadiah dari quiz... Then acara kemuncak iaitu cabutan bertuah... Ada 10 hadiah yang pasti me bukan in the lucky 10.. sadis... Congrats to the winner yang sangat bertuah membawa pulang khemah bernilai RM1500.. Katanya dia nak bawa g berkelah di Ulu Yam... 

the lucky one!

 Ok lepas tu photo session.. Tetibe ajak Zahra interframe..hihi



Crew-crew LIBUR yang sporting habis!
Overall me sangat seronok dengan event ini sebab dapat hadiah yang best..hehehe.. xlah.. sebab dapat mencuba another best things in blogging area.. n mmg my dream also to travel around the world and nak jugak feeling ada travelogue.. hihi..Hope ini adalah salah satu detik permulaan untuk saya.. :)

best tak?

Jika anda ingin menjadi sebahagian daripada BLOG O’ RAMA pilihan LIBUR, hantarkan penyertaan dan pautan blog anda kepada ahmad.syahir@karangkraf.com

Seronoknya Berlibur!


Shamiera Osment


Tentang Majalah LIBUR:

Majalah percutian terunggul di Malaysia ini menggunakan slogan Mudah & Selesa dan ia mula diterbitkan sejak tahun 2002. Perkataan LIBUR, bermaksud Cuti berasal daripada bahasa Nusantara. Kemunculan LIBUR bukan saja sekadar memberi informasi percutian. Ia juga memaparkan trend-trend terkini dalam pelbagai aspek lain yang mempunyai perkaitan dengan pelancongan seperti sukan, gajet elektronik, pakaian, makanan, kesihatan dan pendidikan. Majalah LIBUR berjaya merangkul anugerah Best Local Tourism Magazine dalam Majlis Anugerah Kementerian Pelancongan pada edisi 2010/2011.

Facebook: http://www.facebook.com/majalah.libur
Instagram: http://instagram.com/majalahlibur
Hashtag: #BlogORamaLibur #MajalahLibur


0 comment... add one now