Muslim Volunteer Malaysia : IKON 2018

Assalamualaikum... Aktiviti sukarelawan adalah salah satu aktiviti yang digalakkan di sertai oleh semua pihak. Baru-baru ini saya berkesempatan menghadiri sidang media IKON 2018 Muslim Volunteer Malaysia di Hotel De Palma Shah Alam dan sangat bertuah kerana berpeluang untuk mengena1i satu badan sukarelawan di Malaysia ini.


Seperti yang kita maklum media sosial memainkan peranan besar dalam pemasaran dan juga penyampaian maklumat pada waktu kini dan tak dapat disangkal golongan selebriti mempunyai pengaruh tersendiri yang kuat terutamanya dalam laman media sosial. Ini diakui kerana setiap gerak-geri dan perkongsian mereka mampu menjadi tular dan bualan generasi kini dalam masa yang singkat. Sebaran berbentuk positif seperti nasihat dan juga aktiviti kebajikan memberi impak yang besar dalam kehidupan masyarakat hari ini terutamanya anak-anak muda.




Melihat peluang ini, MUSLIM VOLUNTEER MALAYSIA (MVM) segera membina ruang kerjasama dengan para selebriti dan usahawan dari pelbagai latar belakang yang secara umumnya dilihat dapat membantu, membuka peluang dan membentuk kesedaran untuk sama-sama membantu mencipta gelombang dan seterusnya dapat menarik perhatian orang ramai terhadap peranan MVM dalam melaksanakan kerja-kerja kebajikan melalui penyebaran di laman media sosial. 



MVM yang telah bertapak lebih dari 3 tahun ini didaftarkan pada 30 Disember 2014 turut memfokuskan pembangunan sosial secara bersepadu melalui kerjasama dengan masyarakat setempat. MVM memfokuskan kepada pembangunan ekonomi penerima bantuan secara berkala. MVM banyak menyantuni golongan-golongan ini dengan pelbagai program seperti PureHeart, Di Sebalik Pintu, Jejak Mahabbah, MVM Apprentice, Qurban MVM dan banyak lagi. Setakat ini hampir 80 buah program kebajikan telah dijalankan dan hampir 6000 buah keluarga penerima bantuan telah menerima manfaat dari dana yang telah berjaya dikumpul daripada sumbangan rakyat Malaysia yang pemurah. Rakyat Malaysia memang prihatin dan pemurah kan?




Bantuan yang diberikan tidak hanya tertumpu di Malaysia sahaja malahan bantuan telah diperkembangkan lagi ke luar negara seperti Syria, Jordan, Rohingya dan lain-lain melalui misi-misi kemanusiaan bersama dengan rakan-rakan NGO lain. Tahun ini sahaja untuk misi UnityConvoy, 87 buah ambulans dan tujuh buah darinya adalah sumbangan daripada rakyat Malaysia yang prihatin ini telah berjaya dihantar ke Syria dan telah digunakan untuk membantu mereka di sana dan ini adalah antara inisiatif oleh Gabungan Anak Muda yang diwakili NGO seperti Muslim Volunteer Malaysia (MVM), Malaysia LifeLineforSyria (MLLFS) dan Tangisan Syria di Bumi Jordan (TSDBJ). Terbaru 100 buah rumah perlindungan sedang giat dibina untuk etnik Rohingya di Bangladesh. Alhamdulillah, saya juga sangat terkesan dengan apa yang berlaku kepada etnik Rohingya, nyawa mereka seperti tak berharga kan?




Majlis yang diadakan ini sangat dihargai bukan sahaja buat MVM, malah untuk para selebriti seperti Dato‟ Dr. Hj Mohd Fadzilah Kamsah (Pakar Motivasi), Datin Alyah (Penyanyi), Dila Mubarak (Pengasas Mamadil), MilaJirin (Penyanyi dan Ahli Perniagaan), Syamel AF (Penyanyi), Diana Amir (Pelakon dan Pengacara), Lah Ahmad (Penyanyi), Azmi Saat (Penyanyi) kerana bersetuju untuk sama-sama berganding bahu menjadi Ikon MVM 2018 untuk memainkan peranan mereka menyebar kebaikkan kepada seluruh rakyat Malaysia.


Dila Mubarak (Pengasas Mamadil)
Datin Aliyah
Diana Amir (Pelakon dan Pengacara)

 Lah Ahmad (Penyanyi) 

Syamel AF (Penyanyi),


                                                                                   Azmi Saat (Penyanyi)

Dato‟ Dr. Hj Mohd Fadzilah Kamsah (Pakar Motivasi),

ambik berkat semoga jadi org hebat juga

Pemilihan Ikon MVM kali ini merupakan kali yang ke-2 untuk MVM dengan menjalinkan kerjasama dengan selebriti-selebriti terkenal tanah air. Tahun lepas MVM telah berjaya bekerjasama dan sehingga kini masih terus bersama dengan Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad, Datin Sri Nur Shahida D‟Herbs, Heliza Helmi, Hazwani Helmi, Datin Sri Umie Aida dan Amsyar Azman. Saya ada mengikuti instagram Heliza Helmi dan sangat kagum dengan aktiviti-aktiviti kebajikan yang dilakukan oleh beliau.


“Barisan-barisan selebriti yang dipilih menjadi Ikon MVM ini mempunyai kekuatan dan pengaruh masing-masing. Kehadiran mereka membawa satu signifikan baharu bahawa kerja-kerja kemanusiaan ini tidak terbatas kepada golongan-golongan tertentu sahaja."

Berkait dengan itu, Ikon-ikon ini akan menjadi suara MVM bagi menyeru orang ramai untuk
trun padang dan menghulurkan bantuan melalui hebahan di media sosial dengan menggunakan medium laman media sosial seperti Facebook, Instagram,Twitter dan sebagainya.

Presiden MVM, Muhammad Jantan,

Menurut Presiden MVM, Muhammad Jantan, majlis perlantikan Ikon MVM 2018 hari itu merupakan salah satu usaha MVM untuk melebarkan sayapnya sebagai sebuah NGO yang bukan sahaja menyantuni golongan asnaf tetapi juga memberi ruang dan peluang kepada golongan selebriti dan usahawan untuk memanfaatkan pengaruh yang dimilikinya bagi membantu golongan yang memerlukan.


PureHeart MVM 2017 


“Bulan ini, kami baru sahaja selesai program agihan bantuan asas PureHeart MVM 2017 selama setahun kepada hampir 170 buah keluarga di SK Puchong Utama 1 dan turut
merasmikan Kelas MVM Alaf 21 bagi meningkatkan nilai insaniah dalam membentuk sifat kepimpinan yang hebat dan menerapkan kesukarelawanan kepada murid-murid. Hari ini kami bukan sahaja merasmikan Ikon MVM 2018, malah turut merasmikan Tabung Prihatin MVM yang telah ditandatangani oleh Penasihat MVM 2018, WebDonation MVM dan Tabung Musim Sejuk Syria Kami Datang," tambah Presiden MVM, Muhammad Jantan.


Untuk makluman, WebDonation MVM merupakan alternatif saluran sumbangan bagi memudahkan rakyat Malaysia untuk menderma manakala Tabung Musim Sejuk Syria Kami Datang bertujuan untuk menghantar bantuan makanan dan pakaian kepada saudara kita di Syria. Untuk maklumat semua, tabung musim sejuk ini amat penting bagi mengelakkan mereka dari mati kesejukan dan kelaparan akibat kekurangan kemampuan hidup mereka.


Sejujurnya program-program ini tidak akan dapat dilaksanakan tanpa sumbangan rakyat Malaysia. Saya amat berharap jalinan kerjasama seperti ini dapat digunakan sebaik mungkin ke arah jalan yang diredhai Ilahi dan diteruskan dari semasa ke semasa. Terima Kasih Malaysia” tambah Muhammad.


MVM dengan berbesar hati mengajak orang ramai untuk bersama-sama dengan ikon-ikon
ini memberi harapan dan wajah baru kepada dunia kesukarelawanan dan kebajikan dengan menyumbang tenaga, wang ringgit dan juga idea-idea bernas yang mampu memberi kesejahteraan kepada rakyat Malaysia yang memerlukan.


Maklumat Tentang MVM:


1. Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia atau Muslim Volunteer Malaysia (MVM) adalah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang telah didaftarkan pada 30 Disember 2014 dan mempunyai lebih 50,000 sukarelawan di Malaysia dengan julat umur 18 hingga 24 tahun.

2. Pada 2017 MVM telah disenaraikan sebagai TOP 5 NGO pada majlis Volunteer Malaysia Awards 2016 – Anugerah Perdana Menteri yang dianjurkan oleh IM4U dan disokong oleh Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS).

3. Pada tahun 2016 MVM telah berjaya menganjurkan sebanyak 33 program manakala pada tahun 2017 MVM telah berjaya menganjurkan sebanyak 55 program dan insyaAllah pada tahun 2018 MVM akan terus memperbanyakkan lagi program-program kebajikan.

4. MVM memberi bantuan dalam bentuk tindakan dan penerangan. Pembangunan sosial secara bersepadu melalui kerjasama dengan masyarakat setempat, rakan kerjasama dan pihak penaja. Membantu mereka yang memerlukan tanpa mengira latar belakang politik, bangsa dan agama.

5. MVM telah mengembangkan sayap operasinya dalam pelbagai bidang termasuk membantu menghubungkan NGO-NGO lain dengan kerajaan, menghantar sukarelawan-sukarelawan MVM ke NGO-NGO yang memerlukan, membantu golongan keluarga fakir miskin, anak-anak yatim dan belia-belia Malaysia.

6. Berpaksikan "Tindakan Hari Ini, Mengubah Masa Depan‟, program-program kelolaan MVM dijalankan dalam bentuk berfasa dan ini meliputi fasa seperti transformasi, latihan perniagaan, pemantauan ekonomi serta bantuan dana untuk suatu jangka masa tertentu.

7. Harapan MVM untuk mewujudkan masyarakat yang prihatin di mana komuniti diupayakan, tanggungjawab sosial dilaksanakan dan masyarakat bersatu meringankan penderitaan golongan yang lebih memerlukan.

8. MVM sangat terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana agensi sama ada kerajaan, swasta, individu mahupun pertubuhan atau persatuan lain.


Dikesempatan ini saya menyeru kepada anak-anak muda juga kepada semua yang mampu untuk bersama-sama mebantu usaha murni MVM ini dengan mendaftar sebagai ahli MVM atau juga boleh memberi sumbangan kepada mereka. Takkan miskin kita bersedekah kan? Maka jom beramal!

Untuk maklumat lanjut :


Akaun Sumbangan:

Nama: Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia:
Maybank (56480 164 7699)
CIMB (8602 5378 07)
Bank Islam (1230 0010 0030 65)
Emel : account@mvm.org.my

Media Sosial

Laman Rasmi: http://www.mvm.org.my
Laman Sumbangan: https://donation.mvm.org.my/
Facebook: https://www.facebook.com/MuslimVolunteerMalaysia
Instagram: https://www.instagram.com/muslimvolunteermalaysia
Twitter: https://twitter.com/volunteermvm

Sebarang maklumat boleh diajukan melalui:

Emel: salam@mvm.org.my
Telefon: 603-8074 0434
Alamat: Pejabat Urusan Muslim Volunteer Malaysia
No 12-1, Jalan Merbah 2, Bandar Puchong Jaya, 47170 Puchong, Selangor


 click here



3 comments.. read them below or add one

Amanda Suria Amanda Suria 5 December 2017 at 17:19
Program yang mantap kan...suka tgok Amie nyer update tentang event ni..lama x jumpa DMFK..dulu dia selalu buat training kat opis SA...
Marshalizadotcom Marshalizadotcom 5 December 2017 at 22:54
Aktiviti MVM ni memang bagus. Ikon nya juga memang menjadi idola Marsha. Keep it up!!
Cik tom Cik tom 6 December 2017 at 11:21
bestnya kalau dpt join MVM..tapi dah berfamili ni kekangan masa ni..smoga semua usaha murni ni dpt diteruskan..