Himpunan Usahawan Bumiputera 2018 - HUB 2018

By shamiera osment - 12:17:00

Himpunan Usahawan Bumiputera 2018. Assalamualaikum semua. Sebagai salah seorang usahawan yang baru, saya suka untuk menghadiri kursus-kursus keusahawanan dan aktiviti keusahawanan seperti ini. Aktiviti seperti ini amat membantu usahawan baru untuk mempelajari selok belok perniagaan dengan lebih luas lagi.



Bidang perniagaan ini adalah salah satu pekerjaan yang mencabar dan seorang usahawan hendaklah sentiasa "up-to-date" dengan trends perniagaan semasa agar perniagaan terus maju. Para usahawan juga hendaklah sentiasa mengambil informasi dan nasihat-nasihat dari usahawan yang berjaya supaya kita boleh mengubah dan memperbaiki teknik-teknik perniagaan kita agar mampu bersaing dengan perniaga-perniaga lain dan Himpunan Usahawan Bumiputera 2018 adalah tempat yang sesuai untuk para usahawan memperoleh ilmu ini.



Himpunan Usahawan Bumiputera 2018 julung kali akan di adakan di Axiata Arena, Stadium Nasional Bukit Jalil pada 30 dan 31 Mac 2018. Himpunan Usahawan Bumiputera atau HUB 2018 merupakan satu program anjuran Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) melalui agensinya SME Corp. Malaysia dengan sokongan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) bertujuan untuk mengumpulkan 14,000 PKS Bumiputera dari seluruh negara yang terdiri daripada ahli-ahli di bawah naungan pelbagai persatuan / dewan / pertubuhan / majlis berkaitan keusahawanan dan PKS.

Himpunan Usahawan Bumiputera 2018 - HUB 2018 :


Tarikh : 30-31 Mac 2018
Masa : 8 pagi – 6.30 petang
Tempat : Axiata Arena, Bukit Jalil
Yuran : PERCUMA

Himpunan Usahawan Bumiputera 2018,


Sepanjang HUB 2018 berlangsung, terdapat pelbagai aktiviti menarik di adakan untuk pelbagai peringkat umur, antaranya ialah :

  • Sembang Usahawan Selebriti - dihadiri Fara Fauzana (Moderator) dan para panelis, Shuib Sepahtu, Sarah Raisuddin, Caprice & Majdi Ramlee - (30 Mac 2018 - 3 petang)
  • Sembang Petang bersama YAB Perdana Menteri - diserikan lagi dengan majlis MoU dan Penyampaian Anugerah Usahawan Bumiputera Terbaik (30 Mac 2018 - 4:30 petang).
  • Young CEO Summit (30 & 31 Mac 2018 - 8 pagi hingga 6 petang).
  • Karnival Jom Niaga 2018 (30 & 31 Mac 2018 - 9 pagi hingga 10 malam).
  • Bengkel Digital MDEC
  • Food Truck (30 & 31 Mac 2018 - 9 pagi hingga 10 malam).
  • Sembang Santai Usahawan Selebriti
  • Kapsul Kementerian (Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani; Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan; Kementerian Kesihatan dan Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan).
  • Majlis Penutup TUBE Mega 5.0 (31 Mac 2018 - 3 petang).

Young CEO Summit 2018

Himpunan Usahawan Bumiputera 2018,


Young CEO Summit 2018 juga adalah salah satu acara yang wajib di hadiri oleh para usahawan. Ini adalah platform terbaik kepada para usahawan untuk mendalami strategi keusahawanan oleh pakar industri, mentor dan usahawan berjaya termasuk ilmu ‘street smart’ dan ‘book smart’ sebagai keseimbangan kualiti pengetahuan (IQ) kepada peserta Young CEO Summit dalam segala aspek. Selain itu, sesi Transformasi Minda keusahawanan juga akan diadakan bertujuan meningkatkan nilai modal insan, jati diri serta pemantapan kualiti emosi (EQ) dan juga kualiti kerohanian (SQ) serta sesi Inspirasi bersama Agensi Usahawan Bumiputera sebagai sokongan motivasi dan tauladan untuk membangkitkan semangat usahawan bumiputera.


Terdapat 4 modul pengisian di dalam Young CEO Summit 2018 iaitu :


Modul 1: Millenial Mindset Mapping 2018 oleh Fizo Omar.
Modul 2: Mekanik Wang oleh Abang Abu.
Modul 3: Transformasi Minda oleh Prof Datuk Dr Muhaya
Modul 4: Marketing & Branding oleh Fizo Omar


Fizo Omar sebagai CEO Fizo Omar Channel SDN BHD merupakan salah seorang speaker di agensi kerajaan seperti SME CORP, MEDEC dan SSM. Beliau juga merupakan duta kepada HP Malaysia, F & N, IM4U, Eksperisi Negaraku Himpunan Sejuta Belia, Hari Sukan Negara, E-Usahawan. Fizo Omar juga mempunyai jumlah pengikut melebihi 5 juta di media sosial dan menjadikan beliau seorang yang berpengaruh dan sesi sharing dari beliau pastinya menarik bukan? Jikalau anda ingikan tips-tips menarik dari Fizo Omar, inilah masanya!

Karnival Jom Niaga 2018 @ HUB 2018


Himpunan Usahawan Bumiputera 2018,


Karnival Jom Niaga 2018 @ HUB 2018 adalah salah satu acara menarik untuk seisi keluarga. Karnival ini diadakan untuk menyediakan platform bagi Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) menjual produk dan perkhidmatan selain membolehkan usahawan mendapat maklumat, meneroka peluang perniagaan dan menjalin jaringan kerja baharu. Karnival Jom Niaga 2018 bakal dihadiri seramai 20 ribu pengunjung dan pastinya seronok kalau dapat berniaga di sini bukan? Jadi jangan lupa untuk memeriahkan Karnival Jom Niaga 2018 di HUB 2018 pada 30 & 31 Mac 2018 bermula jam 9:00 pagi hingga 10:00 malam. Pelbagai aktiviti dan gerai disediakan kepada anda sepanjang dua hari ini. Antaranya:

  • Pameran Showcase Satu Daerah Satu Industri (SDSI) oleh MITI.
  • Gerai Buah-Buahan FAMA.
  • Street Soccer @ Jom Niaga.
  • Peraduan Mewarna bersama Bank Rakyat.
  • Pertandingan Gubahan Bunga.
  • Pertandingan Teh Tarik Challenge.
  • Pertandingan Karaoke Gegar Jom Niaga (Karaoke).
  • Penempilan dan Persembahan Selebriti.
  • Pertandingan Kostum Kanak-Kanak.
  • Demonstrasi Hair Styling oleh Joe's Barbershop.
  • Demonstrasi Hijab bersama Nabilah Razali.
  • Demonstrasi Makeup bersama Syed Dewa.
  • Pertunjukan Fesyen.
  • Cabutan Bertuah - Kereta, motorsikal, basikal, handphone, barang-barang eletrik.
  • Penampilan maskot Transformers (Optimus Prime & Bumblebee) dan Ejen Ali.
  • Kids @ Jom Niaga - Bouncing Castle, face painting, clown appearence & sand art.
  • Booth Tonton dan Boost.
  • e-wallet oleh Boost sebanyak RM20 sehari.



Antara kemudahan yang disediakan juga adalah RM5 diskaun oleh Grab setiap perjalanan pergi dan balik ke Axiata Arena, Bukit Jalil pada 30 dan 31 Mac 2018 dengan kod GrabHUB2018. Ini adalah salah satu inisiatif yang baik untuk anda yang kurang gemar memandu dan mencari parking, penggunaan perkhidmatan Grab adalah sangat membantu. Jadi marilah beramai-ramai ke Himpunan Usahawan Bumiputera 2018 - HUB 2018 pada 30 dan 31 Mac 2018 ini tanpa keluh kesah.


Masuk adalah percuma! Jangan lupa untuk muat turun aplikasi HUB 2018 di telefon pintar untuk kemudahan anda, manakala pendaftaran secara online boleh dibuat terus di sini> http://bit.ly/HUB2018REG.


Justeru, sebarang pertanyaan lanjut tantang Himpunan Usahawan Bumiputera 2018 (HUB2018) boleh hubungi talian 03-2775 6269 / 03- 2775 6208, atau email ke hub2018@smecorp.gov.my


Jom Jadi Usahawan Berjaya!



  • Share:

You Might Also Like

30 comments

  1. bagusnya ada program macam ni. para usahawan patut join semua aktiviti yang disediakan. banyak input yang boleh kita dapat dalam aktiviti seperti ni

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. mesti ada banyak tips yang bakal di kongsi oleh fizo nantikan

    ReplyDelete
  4. Wah, Jumaat dan Sabtu ini ya? InsyaAllah akan datang kalau berkelapangan. Memang bagus nampaknya. Banyak pengisian yang boleh membangunkan ekonomi bumiputera!


    P/S: Saya dah follow! Salam kenal ya!

    ReplyDelete
  5. Jom beramai-ramai hadirkan diri untuk menimba ilmu dari pakar-pakar yang ada. Meriah nie nanti..

    ReplyDelete
  6. Kawan kerja kat smecorp ni. Dia bagitau hadiah menarik juga ada disediakan. Wow Fizo bagi talk. Tak pernah debgar Fizo bagi talk lagi...

    ReplyDelete
  7. ciktom pun suka pergi event usahawan..banyak ilmu baru yang boleh belajar utk selok belok bisnes...sayang jauh dengan anak kecil lagi. Kalau dekat confirm pergi dah..

    ReplyDelete
  8. Program sebegini bagusla untuk mereka yang ingin memperkembangan lagi bisnes mereka.

    ReplyDelete
  9. Program ini bukan sahaja untuk para usahawan menimba ilmu bisnes tetapi semua orang boleh bergembira dengan pelbagai aktiviti menarik yang disediakan penganjur. Siapa ada selebriti dan cabutan bertuah lagi! Must Go!

    ReplyDelete
  10. Bagus program sebegini. Bila berkumpul ramai-ramai akan berlaku perkongsian idea antara usahawan. Ini secara tidak langsung ianya boleh membantu usahawan itu sendiri.

    ReplyDelete
  11. banyaknya aktiviti sepanjang hari program.. best ni. Program macam ni bukan je bagus untuk usahawan-usahawan, malah untuk semua. Setidak-tidaknya kita dapat tambah ilmu kan :)

    ReplyDelete
  12. Usahawan baru atau lama wajib hadir ke himpunan ni. Sebab kita perlu bergaul dan mendapat extra perkongsian untuk bagi keyakinan berganda dekat diri kita. Tipulah jika tidak rasa putus asa dan lemah. Bila hadir acara macam ni, baru lah recharge energy. Gitewww

    ReplyDelete
  13. Karnival tu mmg platform yg bagus utk usahawan2 baru khasny. Senang nak promosi produk mereka dan paling oenting karnival mcm ni blh juga bertukar2 idea dr segi segmen pemasaran dll

    ReplyDelete
  14. Tak sabarnya nak pergi huhu. Hope boleh timba sesuatu kat sana. Lagi pun blh bawak family skali ��

    ReplyDelete
  15. Banyak nya perkongsian aktiviti sharing ilmu ni..yang bagi ceramah pun hebat- hebat belaka..bagus untuk bawak family sekali sambil2 timba segala ilmu kan...harap akak ada kesempatan nak join...

    ReplyDelete
  16. wah bagusnya ada program macam ni, eloklah para usahawan or yang berminat nak jadi usahawan untuk pergi ke sana nanti kan! Tengok macam2 lagi aktiviti ada jugak yea sesuai jugak laa bawak seisi keluarga, siap food truck sekali ada senang nak makan semua sekali kat satu tempat kan hehe. InsyaAllah nanti nk singgah lah if ada nak ke sana on those date nanti 😁

    ReplyDelete
  17. Bagusnya ada program mcm ni. Mmg platform terbaik utk menambah idea dan input2 bermanfaat buat para usahawan kita dan juga mereka yg berhasrat menceburi bidang keusahawanan. Mmg patut dtg ni nanti.. menarik!

    ReplyDelete
  18. Menarik. Banyak betul aktiviti. Duit pun confirm habis tengok ramai orang meniaga kat situ. 30 march sembang dengan pm eh? Best tu.

    ReplyDelete
  19. Bagus program seperi ini diadakan bagi membantu mereka yang berminat unuk menceburi bidnag keusahawanan. At least mereka boleh menkmba ilmu keusahawanan dengan usahawan usahawan yang berjaya

    ReplyDelete
  20. Program usahawan macam ni sangat bagus dan dapat menarik minat usahawan belajar dari ikon yang berjaya di negara kita. Ada juga aktiviti santai yang sesuai dengan family.

    ReplyDelete
  21. Suka inisitif yg diambil oleh pihak tertentu dalam memperkasakan bidang perniagaan antara bumiputera. Dpt tips2 dri usahawan berjaya. Nak join jugak !

    ReplyDelete
  22. Wahhh bestnya..usahawan berkumpul ni dpt kongsi tips antara mereka untuk lebih berjaya. Semoga program ini.setiap tahun di laksanakan

    ReplyDelete
  23. Lagi berapa hari jer lagi Himpunan Usahawan Bumiputera 2018 ni bermula. Macam nenarik jer sebab banyak gerai dan aktiviti-aktiviti yang disediakan untuk pengunjung.

    ReplyDelete
  24. seronok event macam ni sambil berhibur dapat manfaat lagi-lagi mereka yang minat berbusiness

    ReplyDelete
  25. Wow! Bagus nya semua usahawan dapat berkumpul dan ber interaksi antara satu sama lain..

    Activiti activiti pun banyak interesting!

    ReplyDelete
  26. wah menariknya, macam-macam program ada. Peluang keemasan ni untuk usahawan macam huda join. Nanti nak ajak suami join sekali la. Thanks sharing!

    ReplyDelete
  27. wah...this carnival is packed with activities from educational and inspirational talks right up to entertainment...well i am sure all the entrepreneurs will benefit from this event!

    ReplyDelete
  28. Syioknya dapat pergi ke program yang sebegini, sayang sis tak dapat join, kalau tak memang nak cari ilmu niaga kat sana.

    ReplyDelete
  29. Wow sure gempak himpunanan macam ini, can share knowledge and tips also promote company business.

    ReplyDelete
  30. This will be a good platform for all the usahawan to meet, exchange ideas and also business opportunities.

    ReplyDelete