Susu Karihome Membantu Meningkat Perkembangan Sistem Imun Kanak-Kanak.

19:28:00

Susu Karihome Membantu Meningkat Perkembangan Sistem Imun Kanak-Kanak. | Tahukah anda,  sistem imun adalah salah satu fungsi tubuh yang sangat penting. Tanpa sistem imun, maka mudah sekali badan diserang penyakit yang disebabkan oleh bakteria dan virus. Sebab itu, amat penting anak-anak anda mempunyai kekebalan tubuh yang kuat untuk menghindari penyakit sepanjang pembesaran mereka. 

Selain sistem imun, kalsium juga amat penting dalam pembesaran serta perkembangan anak-anak terutamanya dalam pembentukan tulang dan gigi anak-anak. Oleh itu itu pengambilan susu yang betul dan lengkap dengan nutrisi yang diperlukan untuk tubuh badan mereka  perlu dititkberatkan.

Susu kambing karihome,khasiat susu karihome, susu kambing terbaik

Susu kambing misalnya, menawarkan kalsium yang tinggi dan mampu mencegah masalah pereputan tulang. Ia juga mengekalkan protein dan asid amino dalam badan pada tahap yang diperlukan.

Susu kambing terbaik yang ada dipasaran adalah Susu Kambing Karihome.  Diimport dari New  Zealand, ia dipasarkan di banyak negara termasuk Australia, Perancis, United Kingdom, Itali, Singapura dan Malaysia.

Menariknya, Karihome adalah rumusan susu kambing yang pertama seumpamanya dan satu-satunya menjalani dua kajian klinikal, satu dari New Zealand dan kedua dari Eropah. Oleh itu, pengguna terutamanya ibu-ibu di luar sana tidak perlu bimbang untuk mengguna susu kambing Karihome.


Antara kelebihan yang ada pada susu Karihome adalah ia mengandungi nutrisi semula jadi yang tinggi dan lengkap yang amat diperlukan bagi kanak-kanak yang sedang membesar dan memerlukan keperluan kalsium yang mencukupi untuk perkembangan tumbesaran mereka.  

Susu kambing karihome,khasiat susu karihome, susu kambing terbaik

Susu kambing Karihome ini menyediakan keperluan kalsium mengikut peringkat umur anak-anak  iaitu:

1. Karihome 3 Goats Milk Growing-Up Formula bagi kanak-kanak berusia 1 hingga 3 tahun 
2. Karihome 4 Goats Milk Pre-School Formula bagi kanak-kanak berusia lebih 3 tahun


Selain itu, Karihome diformulasi dengan Double Action yang dapat membantu  sistem imun dan berat badan pada anak-anak yang mana kandungan bahan-bahan bioaktif seperti Nukleotida meningkatkan  serta menyokong perkembangan sistem imun manakala CLA dan kalsium menambah berat badan tanya menyebabkan masalah ‘obesity’.


Susu kambing Karihome turut mengandungi Casein Phosphopeptide (CPP) yang membantu meningkatkan kelarutan dan penyerapan mineral seperti kalsium, besi dan zink. Begitu juga Taurina menyokong perkembangan otak dan fizikal anak-anak manakala Vitamin A pula menyokong perkembangan mata dan sistem imun yang baik.


Protein curd susu kambing pula halus dan senang dihadam maka ia membantu mengurangkan masalah ekzema dan masalah penghadaman yang sering berlaku pada anak-anak yang sedang membesar.


Jadi, gunakan susu kambing Karihome yang dapat mememberi nutrisi keperluan mencukupi untuk anak-anak anda.

Info lanjut layari :



You Might Also Like

2 comments

  1. Tengs sharing kak amie, nice post. Anak pun omey sgt.hehe. Datang singgah sini nak ucap salam sayang dari blog baru: ematunz.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Bagus anak nak minum susu kambing. Anak saya tak suka. Fm pun xsuka.

    ReplyDelete

Like us on Facebook

Proud Member

Proud Member