Kejayaan dalam exam PSRA bukan sahaja memberi pengiktirafan akademik, malah menjadi penanda aras tahap kefahaman agama pelajar sebelum melangkah ke sekolah menengah agama atau institusi pengajian Islam.
Sebagai seorang ibu, saya juga mempunyai anak lelaki, El-Fateh Muhammad, yang kini berada di Tahun 6. Walaupun dia tidak menduduki PSRA, saya sangat memahami debaran yang dilalui ibu bapa lain. Untuk semua pelajar Tahun 6 yang akan menghadapi exam PSRA 2025, saya doakan semoga dipermudahkan urusan dan berjaya dengan cemerlang.
Latar Belakang & Kepakaran Ustaz Azahari Sulaiman
Beliau bukan sahaja berpengalaman luas dalam mengajar subjek agama, malah telah membantu ramai pelajar berjaya dalam peperiksaan besar seperti UPKK dan PSRA.
Pada tahun 2024, beliau telah menerima:
🏆 Anugerah Mudarrib Cemerlang dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sempena Sambutan Hari Guru JAIS 2024.
Pengiktirafan ini menjadi bukti bahawa kepakaran beliau dalam mendidik dan membimbing pelajar diiktiraf pada peringkat negeri.
Bentuk Peperiksaan PSRA
Untuk memahami kepentingan persediaan, ibu bapa perlu tahu format exam PSRA.👉 Bentuk Kertas Peperiksaan
- Kebanyakan kertas peperiksaan adalah dalam format bertulis objektif (pilihan jawapan) dan subjektif (esei, huraian).
- Terdapat juga ujian lisan seperti tilawah al-Quran dan hafazan.
- Markah keseluruhan adalah gabungan daripada ujian bertulis & lisan.
Keputusan PSRA biasanya diberikan dalam bentuk:
- Mumtaz (Cemerlang): 85–100%
- Jayyid Jiddan (Sangat Baik): 75–84%
- Jayyid (Baik): 65–74%
- Maqbul (Lulus): 40–64%
- Rasib (Gagal): 0–39%
Sistem ini memberi motivasi kepada pelajar untuk berusaha mencapai Mumtaz kerana ia menjadi tanda kecemerlangan penguasaan ilmu agama.
Cabaran Pelajar Menghadapi Exam PSRA
Walaupun PSRA adalah peperiksaan penting, ramai pelajar masih menghadapi cabaran seperti:- Kesukaran menghafal teks panjang dalam Bahasa Arab.
- Lemah dalam tatabahasa Arab (nahu & sarf).
- Rasa tertekan dan stress menjelang peperiksaan.
- Kurang latihan menjawab soalan format sebenar.
- Tidak tahu teknik menjawab soalan lisan seperti tilawah dan hafazan.
Tips & Strategi Persediaan PSRA
Antara tips yang boleh diamalkan:
1. Ulang Kaji Secara Konsisten
Jangan tunggu minggu terakhir. Bina jadual ulang kaji yang seimbang, fokus pada subjek lemah.
2. Latihan Soalan Tahun-Tahun Lepas
“Persediaan awal dan latihan soalan tahun lepas sangat membantu pelajar lebih yakin menghadapi exam PSRA.” – Ustaz Azahari Sulaiman
3. Modul & Nota Ringkas
Gunakan bahan belajar yang padat, mudah difahami, dan sesuai untuk hafalan.
4. Latihan Lisan
Amalkan bacaan tilawah setiap hari dan ulang hafazan secara berkala.
5. Sertai Kelas & Bengkel Intensif
Pengalaman guru pakar membantu pelajar memahami teknik menjawab, mengatasi kelemahan, dan menambah keyakinan.
Program Persediaan PSRA 2025 Bersama Ustaz Azahari Sulaiman
📌 Bengkel Semuka Final Lap PSRA Shah Alam
📆 Sabtu, 27 September 2025 | 9.00 am - 5.30 pm
💰 RM160 (early bird) / RM180 Normal
📌 Revisi Pantas Bahasa Arab PSRA Online (Tahun 5-6)
📆 Ahad, 28 September 2025 | 9.00 am - 11.00 am
💰 RM60
📌 Bengkel Online Tembakan Mumtaz PSRA
📆 Ahad, 28 September 2025 | 2.00 pm - 4.00 pm
💰 RM60
📌 Online Last Minute Study PSRA
📆 28 Sept – 2 Okt 2025 (Ahad–Khamis) | 6.00 pm - 7.00 pm
💰 RM80 (5 sesi) / RM20 (1 sesi)
🎁 Modul, jawapan & rakaman kelas akan diberikan kepada semua peserta.
Kelebihan Menyertai Kelas Tuisyen & Bengkel PSRA Flyhigh Education
✅ Bimbingan langsung daripada Ustaz Azahari Sulaiman, Guru Besar Cemerlang Selangor & penerima Anugerah Mudarrib Cemerlang JAIS 2024.✅ Modul persediaan yang padat & fokus.
✅ Latihan soalan ramalan & teknik menjawab.
✅ Rakaman kelas untuk ulang kaji fleksibel.
✅ Suasana pembelajaran interaktif & motivasi.
Cara Daftar – Tempat Sangat Terhad!
Jangan tunggu saat akhir. Daftarkan anak anda ke kelas tuisyen PSRA, seminar & bengkel PSRA bersama Ustaz Azahari Sulaiman hari ini.📲 Untuk pendaftaran segera:
Wasap 1
Wasap 2
Wasap 3
Wasap 4
Penutup
Persediaan menghadapi exam PSRA tidak boleh dilakukan secara tergesa-gesa. Dengan bimbingan guru berpengalaman seperti Ustaz Azahari Sulaiman, pelajar bukan sahaja lebih bersedia, malah berpeluang meraih keputusan Mumtaz.
Semoga semua calon PSRA 2025 diberi kelapangan fikiran, kemudahan menghafal, dan kejayaan yang gemilang. 🌟
Semoga semua calon PSRA 2025 diberi kelapangan fikiran, kemudahan menghafal, dan kejayaan yang gemilang. 🌟

Thank you for dropping by. All comments are fully your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with open heart!
Happy Blogging.
For any inquiries, email : shamiera_osment@yahoo.com