Blogger Buat Duit Online

shamiera osment
0
Blogger Buat Duit Online. | Buat duit secara online bukan lagi asing pada masyarakat umum yang rata-rata sekarang ini pengguna tegar talian internet. Pelbagai medium wujud di alam cyber ini untuk diguna pakai oleh semua pihak bagi menjana pendapatan sampingan. Selain surirumah dan peniaga, Blogger juga adalah antara pengguna yang bijak dalam membuat duit secara online ini... 


Penglibatan saya di dalam dunia blogging ini juga adalah berniat untuk mendapat side income bagi menampung keperluan keluarga dan anak-anak. Antara usaha yang saya sendiri lakukan adalah melalui medium-medium yang di tawarkan di dunia blogging ini. Medium-medium utama yang ada di dalam dunia blogging antara adalah :


1. Banner Pengiklanan

Banner pengiklanan adalah top medium yang boleh diguna pakai bagi menjana pendapatan dengan hanya klicks di webpage or blog anda. Sebagai seorang yang amatuer dalam bidang blogging ini dengan pageview yang memamg xpernah reach 500 viewer sehari apatah lagi seribu, so adalah memadai saya menggunakan platform yang free dan mudah seperti Nuffnang.  


Walaupon setakat bertarikh hari ini saya tidak pernah lagi mendapat income dengan Nuffnang tapi harapannya adalah rezeki nanti..HUHU! CPUV pon firstime dapat haritu... 




Nuffnang juga berkawan baik dengan Churp Churp! dimana mereka adalah pengiklanan yg agak top di Malaysia. Churp Churp! juga adalah medium pengiklanan yang mudah utk link di copy paste dan ajak kawan-kawan tolong click... 8share pon demikian.. Maka jika anda gigih banyak lah income anda... 


Akan tetapi banner pengiklanan lain seperti Adsense , H12 juga adalah antara yang top memberikan income kepada blog-blog yang memaparkan iklan mereka di blog.. dengan pageview yang berKKK boleh lah apply utk beriklan dgn Adsense.


Selain dari income hasil memaparkan iklan utk company di atas, Blogger juga buat duit dengan menawarkan tapak iklan untuk di sewa di blog mereka. Antara blogger hebat seperti Hasrul Hassan ada menawarkan tapak iklan di blog beliau untuk di sewa. Dan mengikut pemerhatian saya(follow timeline di facebook) income beliau dari tapak iklan juga tidak putus-putus.. 


HasrulHassan.com

Rezeki kan? Tapi Blogger bukan suam-suam kuku tapi sejuk beku seperti saya ni tak berpeluang lagi untuk memperoleh income dari segi ini.. Insha Allah satu hari nanti.. 


2. Product Review/ Advertorial


Product review atau advertorial adalah medium yang menawarkan keuntungan dan bonus kepada Blogger-blogger di mana pada kebiasaannya mereka di berikan product daripada sesuatu company untuk digunakan dan membuat ulasan tentang product itu. Bonus juga kepada company yang memberikan duit untuk product mereka di review.. Mmg seronok bukan?

Source : Google

Ramai Blogger-blogger femes seperti arwah Ami Schaheera yang selalu di tawarkan produk yang best untuk di review seperti handphone , barangan kosmetik dan juga lain-lain. Antara lain juga Blogger membuat duit apabila di panggil untuk hadir ke event mereka untuk mempromosikan product terbaru mereka, mereka juga di bayar dan di beri sedikit token penghargaan seperti goodies beg.

Saya honestly tidak pernah lagi mendapat bayaran untuk hadir cover event tapi dah cukup berpuas hati sebenarnya jika di panggil untuk hadir cover sesuatu event. Dapat makan and goodies beg pon Alhamdulillah.. Bukan senang untuk naik di dalam bidang yang terlalu ramai pesaing ini kan, so jangan demand sangat... So antara event yang pernah saya cover adalah event :


1. Domino's " A Beary Good Reason to Celebrate" 
2. Cons Project KL
3. Dialogue in the Dark
4. Nike Air Force
and others... 


Antara event yang best pergi adalah dapat voucher free pizza and juga dapat voucher RM100 x 2.. So aritu dapat beli kasut Zahra yang hensem dengan harga RM39 je... Jimat duit Bonda.




3. Affiliate
  1. Affiliate marketing is a type of performance-based marketing in which a business rewards one or more affiliates for each visitor or customer brought by the affiliate's own marketing efforts.

    Source ;Google

Buat duit dengan skim Affiliate adalah cara Blogger buat duit dengan mudah dan masyuk jika berjaya dan berani mencuba. Tuan Denaihati adalah antara rujukan saya yang mahir dalam teknik Affiliate ini,  di mana anda boleh try ushar tengok tips-tips yang beliau tinggalkan di blog untuk para pembaca ikuti.



Antara kaedah yang boleh di cuba untuk buat duit dari segi Affiliate ialah dengan :


1. Buat Duit dengan Affiliate- Teknik SEO Merah Jambu
2. Buat Duit Hari-hari dengan World of Hijab


4. Blogshop

Blogshop pula adalah satu platform di mana seseorang itu membuat blog untuk menjual sesuatu produk atau perkhidmatan. Ramai Blogger-Blogger hebat yang pada permulaan memperkenalkan produck mereka di blog sendiri dan sekarang sudah mampu tersenyum lebar di kedai dan butik mereka sendiri. Antara yang terdahulu saya kenal adalah geng Scarflet yang merupakan Hijabista. Mereka merupakan idola dan peneraju fesyen Muslimah di Malaysia bagi kalangan remaja. Antara Blogger yang terkenal adalah Arwah Ami Schaheera, Vivvy Yusof (Fashionvalet.com), Jezmine Saidan (old blossom box store) juga Nadia Sabrina (aere).


Source :google

Saya sebagai Blogger baru belajar ini juga mengambil pendekatan untuk menggunakan Blog untuk berniaga. Antara produk yang saya jual adalah cookies and cakes, dan saya ada juga membuat blog untuk menjual barangan kanak-kanak tetapi masih lagi hambar blog itu..sadis... Jemput singgah my blogshop untuk cuci mata dan komen anda sangat saya hargai untuk memperbaiki lagi mutu bisnes saya... :) 


5. Contest/ Giveaway

Lastly, Blogger juga semestinya seorang yang gigih kan? So yang gigih dan rajin masuk contest dan giveaway dapat lah hadiah cash atau pon barangan. Setakat penglibatan saya di arena contest di Blog saya baru pernah memenangi RM10 dari contest di Blog saudari Merlyn Hasshim. RM10 pon duit. Rezeki juga. Alhamdulillah...


Dan sekarang ini tengah berusaha sehabis baik untuk mendapatkan hp idaman iphone 5s dari contest anjuran Denaihati.com yang begitu lumayan dengan 5 buah iphone 5s yang ditawarkan... Terliur sangat ni...



Dan akhir sekali terima kasih tidak terhingga kepada penaja-penaja hadiah lumayan lagi menggiurkan ini... 

Penaja Utama
  1. http://amariman.com
Penaja Individu
  1. http://www.ombakcreatives.com
  2. http://ejamothman.com
  3. http://www.eridy.com
  4. http://www.hilalazmi.com
  5. http://www.eizil.com
  6. http://www.asamboi.my
  7. http://www.diarymama.com
  8. http://pendekarberkuda.org
  9. http://www.saji.my
  10. http://abangensem.com
  11. http://www.enveeus.com
  12. http://www.pakarniaga.com
  13. http://anarm.net
  14. http://www.daddydee.net
  15. http://www.sunshinekelly.com
  16. http://sweetkurma.com
  17. http://awn.my
  18. http://mawarmerah2008.com
  19. http://www.blogieta.com
  20. http://www.broframestone.com
  21. http://www.akmaomar.com
  22. http://khairilmazri.com
  23. http://wowberita.org/
  24. Japan Budget Trip
Semoga ada rezeki untuk saya memenangi handphone idaman hati ini...


Itulah sahaja tips-tips untuk blogger buat duit online yang dapat saya coretkan mengikut pengalaman saya sendiri dan semoga ia memberikan tunjuk ajar kepada para pembaca blog saya yang tak seberapa ini...


Blogger picisan buat duit xseberapa lagi,


Shamiera Osment


*notakaki : Kalau ada silap dan salah minta tunjuk ajar ya semua...
Tags

Post a Comment

0Comments

Thank you for dropping by. All comments are fully your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with open heart!

Happy Blogging.
For any inquiries, email : shamiera_osment@yahoo.com

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !