IT'S SIXPACK : Variasi Terbaru dari Aik Cheong!

Amirrah Othman
9
IT'S SIXPACK : Variasi Terbaru dari Aik Cheong! | Jika anda di sini anda pastinya peminat kopi tegar kan? Macam Shamiera dulu suka minum Teh tapi semenjak bekerja, I lebih suka minum kopi dan apabila mengenali pelbagai jenis kopi yang ada, keinginan untuk mencuba setiap jenis yang ada di pasaran pon timbul juga. Seronok tau minum kopi ni lebih-lebih lagi bila ada pelbagai perisa yang hendak di cuba.


Peminat-peminat kopi sudah pastinya tidak asing lagi dengan jenama kopi keluaran Malaysia iaitu Kopi Aik Cheong. Kopi Aik Cheong sebenarnya telah lama bertapak di Malaysia sebelum merdeka tanah air kita iaitu pada tahun 1955. Bermula dari sebuah kedai kecil di jalan Temple Street bandar Melaka lama, Aik Cheong bermula dengan mengimport kopi dari Indonesia, Filipina dan juga South Africa dan memproses kopi secara manual.




Sekarang, selepas 65 tahun berada di dalam kopi industry, Aik Cheong bersama rangkaian produk kopi segera Aik Cheong seperti Kopi O, White Coffee, Teh Tarik, Hot Chocolate dan lain-lain selalu menjadi pilihan kegemaran rakyat tempatan. Pengasasnya telah menurunkan resipi rahsia dan falsafah jenama kepada warisnya sejak 60 tahun lalu. Kegigihan mereka bersama orang kampung Indonesia untuk memastikan penggunaan biji kopi yang tulen menjadikan produk popular di pasaran asia tenggara serta mendapatkan sokongan berterusan daripada pelanggan yang setia malahan pelanggan baru di peringkat Antarabangsa.


Selangkah dengan inovasi dunia, dua tiga tahun kebelakangan ini, Aik Cheong Coffee telah memberi fokus kepada perkembangan dan perubahan semasa dengan menghasilkan produk terkini dan lebih berinovasi seperti produk yang telah berjaya mencipta satu trend baru iaitu minuman panas cawan segera yang dikenali “IT’S more than just”. Produk ini dilancarkan pada tahun 2019 di mana produk tersebut telah mencatatkan rekod penjualan yang memberangsangkan dengan lebih 1 juta cawan berjaya dijual pada tahun tersebut.

IT'S CUP Series.


IT'S CUP Series antara inovasi kopi yang I suka dan pastinya peminat-peminat kopi lain suka kerana seiring dengan masa yang bergerak pantas, semua orang ingin sesuatu dengan mudah dan cepat. Dengan adanya IT'S CUP Series dari Aik Cheong yang mudah didapati ini, peminat kopi segera dapat minum kopi di mana jua dengan mudah dan pastinya harganya lebih murah dari kopi kedai berjenama. 


IT'S CUP Series mengeluarkan 6 perisa kegermaran ramai termasuklah :
  • Long Black (Extra Shot)
  • Flat White (Extra Shot)
  • Cappucino (Chocolate Topping)
  • Matcha Latte (Nata deCoco)
  • Chocolate (Marshmallow)
  • Teh Tarik (Gula Melaka)
Melihat daripada senarai perisa yang ada kita boleh tahu betapa unik dan menarik variasi IT'S CUP Series ini kan? Setiap cawan dari variasi ini juga mudah disediakan dan lengkap dengan kayu pengacau air yang memudahkan kita menyediakan air ini di mana jua.                                                                                                                   


IT'S GRANOLA


Aik Cheong Coffee sentiasa bekerja keras untuk memenuhi permintaan pelanggan dan penghasilan produk yang berkualiti dan berbaloi. Pada tahun 2020, satu produk baru telah dilancarkan iaitu IT’S Granola dengan mengetengahkan slogan “you oat to try” produk makanan kesihatan. Produk tersebut mengandungi bahan-bahan semula jadi seperti “oatmeal, chia seeds, coconut sugar dan canola oil”. 

IT’S Granola mempunyai dua citarasa yang berbeza iaitu :

1. IT'S GRANOLA Mixed Berries

Mengandungi  : Granola Sachet (40g): Rolled Oat (59%), Oat Powder, Chia Seed, Honey, Coconut Sugar, Canola Oil, Mixed Berries (10g): Cranberries, Blueberry, Mulberries, Goji Berries,Yogurt Bites

2. IT'S GRANOLA Mixed Fruits and Nuts

Mengandungi : Granola Sachet (40g): Rolled Oat (59%), Oat Powder, Chia Seed, Honey, Coconut Sugar, Canola Oil
Mixed Fruits and Nuts (10g): Cranberries, Yogurt Bites, Pistachio, Cashew Nut, Pumpkin Seed



IT'S GRANOLA merupakan satu inovasi yang bagus di kala ramai yang menginginkan alternatif yang lebih sihat dan mudah dalam penyediaan makanan berkhasiat. Produk ini juga dihasilkan tanpa perasa dan juga gula tiruan. Ianya sedap di makan bersama dengan yogurt, susu atau pon sebagai toping yang rangup untuk salad atau wrap anda. I suka sangat variasi Mixed Berries kerana rasa masam manis yang ada.

IT'S SIXPACK


Di atas permintaan ramai terhadap keluaran laku keras IT'C CUP Series,  Aik Cheong Coffee melancarkan satu lagi produk “IT’S Series” iaitu IT’S SIXPACK berkonsepkan “Family-Styled Boxed” dimana masih mengekalkan konsep nikmati kopi sebenar di rumah. Bagi siri baru “IT’S SIXPACK” menampilkan empat citarasa iaitu :

1. IT'S White Coffee Salted Gula Melaka



IT'S White Coffee Salted Gula Melaka ialah kopi Aik Cheong Original White Coffee yang telah inovasikan dengan campuran Salted Gula Melaka bagi memberi rasa yang berbeza dan memperkayakan Gula Melaka. Tambahan pula, Gula Melaka dikategorikan sebagai gula yang lebih sihat dimana “index glycemic” yang rendah serta kaya dalam vitamin dan mineral. I suka rasa IT'S White Coffee Salted Gula Melaka yang enak ini, ianya tidak terlalu manis dan pastinya masih lagi kaw rasa kopinya.

2. IT'S Chocolate Marshmallow



IT'S Chocolate Marshmallow adalah  perisa yang paling digemari ramai terutamanya kanak-kanak. Minuman coklat panas sememangnya enak di minum bersama marshmallow dan dengan pakej yang diberikan oleh IT'S Chocolate Marshmallow series ini kita tidak perlu lagi membeli pelbagai produk dalam satu masa untuk menikmati minuman coklat yang sedap. Anak-anak I memang sangat menggemari produk ini dan tak nak berkongsi segelas dengan adik-beradik yang lain.                                                                  

3. IT'S Cappuccino Choco Topping 



Penggemar kopi yang suka kopi yang lebih mild pasti suka akan IT'S Cappucino Choco Topping ini kerana rasa kopi yang kuat boleh di olah dengan tambahan topping chocolate. Ini membuatkan kopi seakan Mocha tapi masih kekal rasa keenakan kopi dan susu yang ada. Dan yang penting anda boleh pilih untuk menambah atau tidak mengikut cita rasa anda dan kopi ini sememangnya sedap ketika anda memerlukan kafien tambahan dalam melakukan kerja harian.

4. IT'S Teh Tarik Gula Melaka. 


Rasa Gula Melaka memang sinonim dengan rakyat Malaysia yang gemar sesuatu yang unik dalam masakan ataupun minuman mereka dan yang pastinya rasa Gula Melaka itu memberikan kelainan yang tidak akan serupa dengan gula putih biasa. Seperti Air Cendol yang tidak akan sama rasanya tanpa gula Melaka kan? Maka dengan menikmati IT'S Teh Tarik Gula Melaka juga tambahan Nata deCoco di dalamnya anda pasti teruja dengan kelainan yang diberikan ini. Rasa Teh Tarik nya juga sangat Kaw!


Setiap kotak dalam IT'S SIXPACK mengandungi paket untuk hidangan 6 orang dan di dalamnya juga terdapat nombor pada setiap bungkusan untuk dijadikan rujukan untuk langkah-langkah menghasilkan minuman yang sempurna dan memenuhi citarasa tersendiri para pelanggan. Anda boleh menonton video di bawah di mana saya membuat setiap jenis IT'S SIXPACK untuk melihat dengan lebih dekat penghasilan produknya.




Apa lagi yang lebih menarik adalah produk minuman  Aik Cheong Coffee memberi jaminan terhadap kualiti pembungkusan dan kenikmatan kopi untuk para pelanggan. Produk IT'S Series kini boleh didapati di platform online Shopee dan Lazada, dan juga supermarket AEON, Giant dan Mydin seluruh Malaysia. Nikmati minuman yang kualiti dijamin dan aroma yang menarik pada bila-bila masa dan dimana jua dengan lebih mudah dan pastinya enak!



Untuk maklumat lanjut boleh ke :

Online store : 

1. SHOPEE : https://shopee.com.my/aikcheong
2. LAZADA : azada.com.my/shop/aik-cheong-coffee-roaster/

Offline store : Aeon Big, Giant, Mydin

Aik Cheong Official Facebook : https://www.facebook.com/aikcheongcoffee
Aik Cheong Official Instagram : aikcheong_official

IT's more than just Facebook : https://www.facebook.com/itsbyacc
IT's more than just Instagram : its_by_acc

Aik Cheong WEBSITE : https://www.aikcheong.com.my/

#aikcheongcoffee益昌咖啡 #做_自己 #BeYourSelfAlways #itsbyacc #itsmorethanjust #ITS #ItsCup #itstimetobelieve #Hoot9eeeee #InilahMasanya #VITAMEDIA #ASKPERT

                                                                      
Tags

Post a Comment

9Comments

Thank you for dropping by. All comments are fully your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with open heart!

Happy Blogging.
For any inquiries, email : shamiera_osment@yahoo.com

  1. Klu dkt sbh mmg xda kopi jenama ni xtau pla klu ada dkt mydin sbh..tp menari perisa pada setiap cup..rasa unik pla nnt sha try klu ada

    ReplyDelete
  2. Mya bukan penggemar kopi tapi kalau kopi tu ada campuran serbuk koko atau pun coklat. Mya minum je. Chocolate Marshmallow tu macam sedap je.

    ReplyDelete
  3. Sedap.. Kita suka yg latte dgn hot choc dia

    ReplyDelete
  4. Brands aik cheong memang best . Tapi ccl belum try yg granola tu.kena cari lA

    ReplyDelete
  5. Fuhh bestnya ada mcm2 jenis ye kopi

    ReplyDelete
  6. Suami memang peminat kopi aik cheong nanti nak bagi tau kat dia tentang its sixpack aik cheong nih

    ReplyDelete
  7. laaa dari aik cheong.. lain macam betul branding dan packaging dia kali nih

    ReplyDelete
  8. yeay, I like granola ... nice betul Aik Cheong ada Granola. Rare ni pasal x banyak brand nak invest untuk ketengahkan Granola .. hope lepas ada muesli.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !