Ceramah & Zikir Perdana Hijrah Rohani

shamiera osment
0
Assalamualaikum... Alhamdulilah kita masih lagi diberi kesempatan untuk hidup di Muharram ini. Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu  hari memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 Muharam tahun baru bagi Takwim Hijrah. 





Bersempena dengan peristiwa bersejarah itu, pihak Astro akan mengadakan JELAJAH ASTRO KASIH, Ceramah & Zikir Perdana Maal Hijrah bertema ‘HIJRAH ROHANI’. Program ini  bakal berlangsung pada 25 Oktober 2014 di Padang SMK Tengku Temenggong Ahmad, Kundang Ulu, Ledang, Johor. 

Ceramah & Zikir Perdana ini juga akan di hadiri oleh Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Haji Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri. Beliau kerap hadir ke majlis selawat seperti ini, Alhamdulillah..

Antara lain yang akan turut serta hadir ke majlis ilmu ini adalah barisan selebriti dan penceremah. Antaranya ialah :

·         Pencetus Ummah / Imam Muda / Ustaz
1.    Ustaz Kazim Elias
2.    Ustaz Haslin Baharim
3.    Ustaz Amaluddin
4.    Ustaz Zulkifli Hamat
5.    IM Hizbur
6.    PU Rahmat
7.    PU Yeop
8.    PU Fakhrul
9.    PU Suffian
10.  PU Hafiz 

·         Artis:
1.    Mawi
2.    Fizo Omar
3.    Iwan Syahman
4.    Ayai Ilusi
5.    Daqmie
6.    Haziq AF
7.    Silah KE3

Memang ramai golongan artis sekarang yang lebih peka dengan ilmu agama dan ramai juga dari golongan ini telah berhijrah.. Alhamdulillah... So kita yang masih leka dan masih lagi di takuk lama marilah cuba sedikit demi sedikit untuk memperbaiki diri agar lebih dekat kepada pencipta-Nya...

Orang-orang Johor dan yang berdekatan dengannya marilah memeriahkan lagi majlis ilmu ini yang penuh dengan manfaat ini.. Selawat dan zikir ke atas Nabi Muhammad SAW semoga mendapat syafaar dari-Nya di akhirat kelak...

Mari Beramal. Salam Maal Hijrah.

Shamiera Osment

Post a Comment

0Comments

Thank you for dropping by. All comments are fully your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with open heart!

Happy Blogging.
For any inquiries, email : shamiera_osment@yahoo.com

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !