f

Durioo+ - Platform Penstriman Khas Buat Kanak-Kanak Muslim Di Seluruh Dunia Yang Menekankan Nilai-Nilai Islamik.

Durioo+ - Platform Penstriman Khas Buat Kanak-Kanak Muslim Di Seluruh Dunia Yang Menekankan Nilai-Nilai Islamik. | Assalamualaikum semua, platform penstriman merupakan platform kegemaran ramai buat masa kini. Orang ramai tidak lagi bertumpu kepada siaran percuma di television bahkan melanggan di platform penstriman untuk mendapatkan lebih lagi filem dan drama untuk tontonan.


Alhamdulillah, sebagai seorang Ibu saya amat menghargai dan gembira kewujudan platform Durioo+ ini bukan sahaja kerana ianya mempunyai Islamik kontent yang dapat mendidik anak-anak tetapi ianya sangat selamat ditonton walaupon tanpa pemantauan dari ibu bapa.


Pelancaran Durioo+ di Dubai,
Pelancaran Durioo+ di Dubai


Untuk makluman semua, pada Januari lalu, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Tan Sri Annuar Musa telah melancarkan sebuah syarikat Animasi Teknologi Malaysia bernama Durioo. Sebulan selepas dilancarkan, pada 18 Februari 2022, Durioo dengan rasminya telah mengumumkan platform penstriman global pertama mereka yang dipanggil Durioo+. Platform yang berasaskan langganan itu bertujuan untuk menyediakan kandungan Islamik yang berkualiti tinggi dan bermanfaat untuk kanak-kanak di seluruh dunia. 


Durioo+ ditubuhkan oleh pengasas serta individu-individu kreatif yang menghasilkan siri animasi Omar & Hana dan Didi & Friends (Digital Durian) dimana animasi tersebut telah meraih kejayaan global dan memperoleh lebih daripada 13 juta pengikut di saluran-saluran YouTube mereka. Durioo+ ini akan menjadi batu loncatan untuk memantapkan kedudukan Durioo sebagai platform animasi untuk kanak-kanak Muslim dari seluruh dunia di samping memainkan peranan penting dalam ekosistem animasi digital di Malaysia. 


kandungan Durioo+,
Antara animasi di dalam Durioo+

Sempena pelancarannya, pelanggan Durioo+ boleh menjangkakan lebih daripada 100 episod yang terdiri daripada animasi dan bukan animasi berteraskan nilai dan prinsip pegangan dalam Islam. Ia juga merancang untuk menampilkan 30 kandungan baharu setiap minggu bagi memberikan pengguna lebih banyak pilihan kandungan untuk ditonton. Syarikat itu juga akan membawa lebih daripada 12 rancangan baharu di bawah jenama Durioo Originals. Antaranya ialah Mina Mila, Little Ammar, Abibi, dan banyak lagi. 


Yeah Yeah Yeah Studio, Polytako,
Yeah Yeah Yeah Studio - Polytako


Pelanggan Durioo+ mempunyai akses untuk menonton kandungan yang dihasilkan oleh tim kreatif Durioo dan juga rancangan-rancangan menarik melalui kerjasama dengan studio produksi lain seperti Bubu Lala – produksi bersama dengan Yeah Yeah Yeah Studio, Polytako – animasi yang dihasilkan bersama dengan Kanaloa Malaysia dan Zehni – pengeluaran bersama Philandure


Sinan Ismail, pengasas Durioo,
Sinan Ismail, pengasas Durioo

Sinan Ismail, pengasas Durioo juga berkata pelancaran Durioo+ adalah langkah pertama dalam merealisasikan aspirasi mereka untuk menjadi platform penstriman pilihan utama bagi kanak-kanak Muslim di dalam dan di luar Malaysia.

"Kami mahu menyediakan platform yang selamat bagi membantu membina asas Islam yang kukuh untuk penonton kami dengan menyampaikan kandungan pendidikan yang mengajar tentang nilai asas dan kebaikan dalam Islam," tambahnya lagi. 

Dengan Durioo+, Sinan berharap dapat mendekati kanak-kanak Islam di seluruh dunia supaya mereka bukan sahaja dapat menonton dan berhibur tetapi juga mempelajari tentang keindahan agama Islam. 

Cara Melanggan Durioo+

cara melanggan durioo+,
https://duriooplus.com/

Untuk penstriman dalam talian, layari laman web https://duriooplus.com/ atau untuk akses yang lebih mudah, pengguna boleh memuat turun aplikasi Durioo+ yang boleh didapati di kedua-dua gedung aplikasi iOS dan Android termasuk Apple TV dan Android TV. 


Durioo+ menawarkan langganan dengan kos bulanan hanya RM12.90 atau langganan tahunan pada harga RM129.90 sahaja. Durioo+ juga menawarkan percubaan percuma selama 7 hari. Setiap langganan membolehkan anda untuk mengakses platform penstriman Durioo+ di 3 buah device. 


promo kod durioo+,
Promo Code


Selain itu, berita baik untuk pembaca di luar sana! Anda boleh menggunakan promo kod “AMIEDURIOO” untuk menikmati diskaun sebanyak 30% bagi langganan Durioo+ bulan pertama. 


Rebut peluang ini untuk melanggan Durioo+ hari ini juga dan anda mungkin juga berpeluang untuk memenangi ipad Mini dengan melanggan Durioo+ hari ini. Akhir kata, semoga ibu bapa mengambil peluang dengan melanggan penstriman Durioo+ yang amat bermanfaat kepada anak-anak. Semoga segala usaha kita dalam mendidik anak-anak kearah kebaikan dirahmati Allah s.w.t.


Jom Tonton Durioo+ Hari Ini!



10 Comments

Thank you for dropping by. All comments are fully your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with open heart!

Happy Blogging.
For any inquiries, email : shamiera_osment@yahoo.com

  1. Menarik snaga rancangan dalam Durioo+ ni.. Bagus untuk anak2

    ReplyDelete
  2. Sangat menarik dan bagus ni utk kte terapkan ciri2 islamik pada anak2

    ReplyDelete
  3. sekali baca macam durian la pulak

    ReplyDelete
  4. Anak Marina suka layan cerita macam ni. Pendekatan yang bagus untuk mengajar anak2

    ReplyDelete
  5. Kartun bercirikan Islamic bagus untuk tonton anak-anak zaman sekarang moga penggunaan gajet dapat dikurangkan dan anak boleh bahagikan masa untuk gunaankan gajet sebaiknye

    ReplyDelete
  6. Bagus juga kartun jenis islamik ni, dah semakin berkembang dah kartun malaysia

    ReplyDelete
  7. Bagusnya ada paltform Durioo+ ini. Anak-anak kita memang perlukan rancangan Islamik macam ini sebenarnya.

    ReplyDelete
  8. Platform sebegini memang diperlukan since kebanyakkan platform bercampur aduk dgn dewasa dan kanak2. So mmg sgt diperlukan platform khas utk kanak2 sahaja, moreover for muslims. So kita mak2 ni boleh berlapang dada nak bagi anak layan Durioo.

    ReplyDelete
  9. Wah . Menarik bagi anak tengok... Nanti nak download kat phone depa... Asyik tengok Super Jojo je... Sampai cair dah bahasa Inggeris... Ni nak bagi tengok yang bahasa Melayu plak... Bahasa sendiri ke laut dah...

    ReplyDelete
  10. Waa menarik.. Selalu adik sy tgok youtube kids.. Tp tu pun susah juga mau percaya, kena rajin pantau juga konten yg dorg tgok d'youtube.. Bolehlah cuba yg nie pula,,

    ReplyDelete

Post a Comment

Thank you for dropping by. All comments are fully your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with open heart!

Happy Blogging.
For any inquiries, email : shamiera_osment@yahoo.com